Wednesday, December 7, 2011

Sejarah Takraw


Permainan sepak takraw pada asalnya dikenali sebagai sepak raga. Ia dimainkan dalam sekumpulan pemain yang membentuk bulatan. Mata dalam permainan tersebut dikira bilangan kemahiran menimang bola, menanduk, mendada, menggunakan paha. Bolanya pula dibuat daripada gelung rotan yang dijalin menjadi bulat.

Permainan ini dimainkan oleh masyarakat sekitar Tanah Melayu dan Siam (Thailand). Di tanah Melayu permainan ini dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan dan bangsawan

Di dalam buku Sejarah Melayu diceritakan anak Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Besar telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak Sultan Mansor Syah ketika Tun Besar bermain sepak raga. Bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar Raja Muhammad sehingga destar itu terjatuh ke tanah. Ketika itu sepak raga menjadi permainan masa lapang dan untuk hiburan dalam suatu majlis.

Pada awal abad ke 20 permainan sepak raga semakin popular. Sepak raga jaring telah diperkenalkan selepas Perang Dunia II. Sepak raga jaring semakin popular di kalangan pelajar dan belia. Pada tahun 1965 nama Sepak Raga Jaring ditukar kepada Sepak Takraw yang mengabungkan perkataan Sepak (Malaysia) Takraw (Thailand - bola) oleh yang Berhormat En. Muhammad Khir Johari;
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (Pertama)

Sepak Takraw diperkenalkan dalam gelanggang yang dimainkan oleh tiga orang pemain iaitu Tekong, feeder dan Killer

Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan juga ditubuhkan (PSM). Serentak dengan itu persatuan peringkat negeri dan daerah juga ditubuhkan


INFO
Di Malaysia, permainan sepak takraw dulunya lebih dikenali sebagai sepak raga. Ia turut popular di negara rantau Asia yang lain seperti Thailand, Filipina, Myanmar, Laos dan Indonesia.

Terdapat perbezaan dari segi panggilan di setiap negara ini iaitu: Thailand - Takraw Filipina - Sipa Myanmar - Ching Loong Laos - Kator Indonesia - Rago

No comments:

Post a Comment