Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah Ta’ala
Dalam hadis diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu
Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Suruhlah
kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum
berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.”
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya,
sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa
berbuat demikian.
Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau
dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur
dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan
membawa fitnah yang lebih besar.
Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang
lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah
mengelak fitnah yang lebih besar.
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu
adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan
mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.
Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan
orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen
judi, arak dan seumpamanya.
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal
kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri
tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya
kecurian dan rompakan?
Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen
kepada sesuatu organisasi atau individu tetapi mengawal juga boleh
berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.
Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air
merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian
dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.
Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal
fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara
kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu
perkara lain.
Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.
Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.

Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu
bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan
kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab
ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan
tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak
mereka.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan solat).”
“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan solat).”
Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu
mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul
ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.
Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan
No comments:
Post a Comment