Wednesday, December 7, 2011

Sejarah Takraw


Permainan sepak takraw pada asalnya dikenali sebagai sepak raga. Ia dimainkan dalam sekumpulan pemain yang membentuk bulatan. Mata dalam permainan tersebut dikira bilangan kemahiran menimang bola, menanduk, mendada, menggunakan paha. Bolanya pula dibuat daripada gelung rotan yang dijalin menjadi bulat.

Permainan ini dimainkan oleh masyarakat sekitar Tanah Melayu dan Siam (Thailand). Di tanah Melayu permainan ini dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan dan bangsawan

Di dalam buku Sejarah Melayu diceritakan anak Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Besar telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak Sultan Mansor Syah ketika Tun Besar bermain sepak raga. Bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar Raja Muhammad sehingga destar itu terjatuh ke tanah. Ketika itu sepak raga menjadi permainan masa lapang dan untuk hiburan dalam suatu majlis.

Pada awal abad ke 20 permainan sepak raga semakin popular. Sepak raga jaring telah diperkenalkan selepas Perang Dunia II. Sepak raga jaring semakin popular di kalangan pelajar dan belia. Pada tahun 1965 nama Sepak Raga Jaring ditukar kepada Sepak Takraw yang mengabungkan perkataan Sepak (Malaysia) Takraw (Thailand - bola) oleh yang Berhormat En. Muhammad Khir Johari;
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (Pertama)

Sepak Takraw diperkenalkan dalam gelanggang yang dimainkan oleh tiga orang pemain iaitu Tekong, feeder dan Killer

Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan juga ditubuhkan (PSM). Serentak dengan itu persatuan peringkat negeri dan daerah juga ditubuhkan


INFO
Di Malaysia, permainan sepak takraw dulunya lebih dikenali sebagai sepak raga. Ia turut popular di negara rantau Asia yang lain seperti Thailand, Filipina, Myanmar, Laos dan Indonesia.

Terdapat perbezaan dari segi panggilan di setiap negara ini iaitu: Thailand - Takraw Filipina - Sipa Myanmar - Ching Loong Laos - Kator Indonesia - Rago

Tuesday, December 6, 2011

Pemain Terbaik Fifa 2011



Messi Terpilih Sebagai Pemain Terbaik Dunia 2011 Versi FIFA
Kategori: Bola Sepak Antarabangsa

Lionel Messi akhirnya memenangi trofi Ballon d'Or tahun kedua berturut-turut, Isnin waktu setempat, setelah mengalahkan pemain lainnya Andres Iniesta dan Xavi.
Pemain berusia 23 tahun itu, yang menjadi pemain pertama yang berturut-turut memenangi penghargaan tersebut sejak Marco van Basten pada edisi 1988/1989 - sempat diperkirakan bakal tersingkir menyusul kegagalannya menjaringkan gol saat Argentina tersingkir dalam tempat di final Piala Dunia 2010.
Messi menang dengan meraih 45 peratus suara, sedangkan Iniesta 35 peratus, dan Xavi di posisi ketiga dengan 20 persen suara.
Messi mengakui dia ingin memperbaiki prestasi bersama Argentina, di mana dia belum pernah memenangi satu gelaran pun.
"Pada 2011, saya ingin memenangi gelaran pertama saya bersama pasukan," katanya.
"Ini penghargaan yang saya ingin berikan kepada seluruh masyarakat Argentina," tambahnya.
Penghargaan Ballon d'Or yang diberikan sejak 1956 oleh majalah sepakbola Perancis, France Football kali ini disatukan dengan pemilihan pemain terbaik tahunan versi FIFA untuk pertama kalinya.
Komisi pemilihan sekarang tidak hanya dilakukan oleh para wartawan, tapi juga melibatkan seluruh pelatih dan kapten dari 208 pasukan yang bertanding dalam FIFA.

Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.
Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclays Bank, dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.
Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.Ini adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Serie A di Itali.
Sejumlah 42 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya empat pasukan pernah memenangi: Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United. Juara semasa adalah Manchester United yang telah memenangi kejuaraan kesepuluh, yang paling banyak dalam mana-mana pasukan.




Monday, December 5, 2011

Malaysia Terbaik


Keputusan terbaik Malaysia dalam perlawanan persahabatan
Malaysia 1-1 England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)
Malaysia 2-0 Arsenal (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)
Malaysia 2-4 England (Tahun 1993, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Matlan Marjan)
Malaysia 2-3 Manchester United (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Amri Yahyah)
Malaysia 1-0 Korea Selatan (Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Safiq Rahim)

Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya layak dinobatkan sebagai 'raja bolasepak' rantau Asia Tenggara.

Wednesday, November 30, 2011

Skuad Negara Sukan Olimpik


SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.

Bagi anak-anak buah jurulatih, K Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-84, sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan kepada lawan sama di peringkat kumpulan.

Kemenangan itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang terpaksa berada di tengah ribuan penyokong Vietnam yang membanjiri stadium.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1.